-المصدر-

- 1 -

الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
16 - ربيع الأول - 1439 هـ
04 - 12 - 2017 مـ
09:05 مساءً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
mengikut takwim rasmi Mekah

[ لمتابعة رابط المشاركـة الأصليّة للبيان ]
ikuti link postingan asal keterangan
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=33306
_____________


لكم نصحنا الذين يؤجلون بيعتهم لتسليم القيادة من علي عبد الله صالح ونبذوا سلطان علم البيان الحقّ للقرآن وراء ظهورهم ..

Sudah Beberapa Kali Kami Menasihatkan Orang-orang Yang Menunda Bai’ah Mereka Sehingga Penyerahan Kepimpinan Dari Ali Abdullah Saleh, Mereka Telah Mencampakkan Hujjah Ilmu Pengetahuan Dari Bayan Keterangan Yang Hak Bagi Al Qur’an Di Balik Belakang Mereka..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وجميع المؤمنين الثابتين على عهد ربهم وما بدّلوا تبديلاً، أمّا بعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi dan rasul dari yang pertama hingga yang terakhir, Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wa aalihi wasallam-, juga ke atas semua orang beriman yang teguh di atas perjanjian Tuhan mereka, tiadalah mereka menukarkan perjanjian itu sama sekali,
ammaa ba’du..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار في مختلف الأقطار في العالمين، السلام عليكم ورحمة الله كافة الزوار الباحثين عن الحقّ في طاولة الحوار العالميّة موقع الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني منتديات البشرى الإسلاميّة، فبرغم أننا لا نقرّ ولا ننكر مقتل علي عبد الله صالح فالله أعلم، وما أريد قوله هو لَكَمْ ولَكمْ ولَكمْ حذرت الذين ربطوا عقيدة مبايعتهم لله وخليفته لحين يتمّ تسليم القيادة من علي عبد الله صالح إلى الإمام المهديّ، وبحسب فتوى الله في الرؤيا الحقّ أنه لن يثبت معي إلا عبيد النعيم الأعظم فعلمت من خلال ذلك أنها توجد فتنةٌ قادمةٌ لغربلة الأنصار، وهذا البيان تثبيتٌ لهم بإذنّ الله. وحتى ولو قُتل علي عبد الله صالح وأحياه الله ليسلّم القيادة إلى الإمام المهديّ فلن نستطيع أن نثبّت من يُريد الله فتنتهم بالعقيدة الباطلة أنهم لن يبايعوا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني إلا بعد أن يسلّمه علي عبد الله صالح القيادة، وكأن الرؤيا أصدق من البيان الحقّ للقرآن! ولا ينبغي لكم أن تؤسسوا عليها عقائد في الدين، بل تظل مجرد رؤيا حتى يصدقها الله إن يشأ، والرؤيا تخصّ صاحبها، ألا والله لو كانت العقائد تؤسس على الرؤيا لبدّلوا دين الله تبديلاً.

Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, wahai kekasihku para anshar di pelbagai negara dunia, salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah, wahai para pengunjung yang mencari kebenaran di meja hiwar antarabangsa laman web Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, di forum berita gembira umat Islam.

Sungguhpun kami tidak menegaskan dan tidak pula menafikan pembunuhan Ali Abdullah Saleh kerana Allah-lah yang lebih mengetahuinya, namun yang ingin kami katakan adalah, sudah beberapa kali, sudah beberapa kali, sudah beberapa kali aku peringatkan orang-orang yang mengikatkan bai’ah mereka untuk Allah dan khalifah-Nya, sehingga tiba masa penyerahan kepimpinan dari Ali Abdullah Saleh kepada Al Imam Al Mahdi.

Mengenai kenyataan Allah dalam visi mimpi yang benar, bahawasanya tidak ada yang teguh bersamaku kecuali para pengabdi An Na’eem Al A’dhom, maka dari situ aku tahu ada fitnah ujian yang akan datang untuk menyaring para anshar, dan bayan keterangan ini adalah sebagai peneguhan bagi mereka dengan izin Allah.

Hinggakan seandainya Ali Abdullah Saleh dibunuh lalu Allah menghidupkannya kembali untuk menyerahkan kepimpinan kepada Al Imam Al Mahdi, maka nescaya kami tidak akan mampu meneguhkan orang-orang yang Allah berkehendak untuk menguji mereka, dengan kepercayaan batil bahawa mereka tidak akan berbai’ah kepada Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, melainkan setelah Ali Abdullah Saleh menyerahkan kepimpinan kepadanya, seakan-akan visi mimpi adalah lebih dapat dipercaya berbanding bayan keterangan yang hak bagi Al Qur’an
!

Tidak sepatutnya bagi kalian untuk menjadikan visi mimpi sebagai dasar kepercayaan dalam agama, bahkan visi mimpi itu tetap hanya mimpi semata sehinggalah Allah menjadikannya nyata jika Dia berkehendak untuk itu, visi mimpi adalah khusus buat yang mengalaminya, ketahuilah demi Allah, andai akidah kepercayaan diasaskan dengan berdasarkan visi mimpi, nescaya mereka benar-benar mengubah agama Allah.



وبالنسبة للرؤيا فهي مجرد خبر رؤيا حتى يصدقها الله أو يمحوها، ولله الأمر من قبل ومن بعد؛ بل الحجّة في الدين هو سلطان العلم من الله العزيز الحكيم، وسبقت فتوانا بالحقّ لو جادلتكم خمسين ألف سنة لما جادلتكم إلا بكتاب الله وسنة رسوله الحقّ وما عندي غير ذلك، وأهم شيء عندي هو تصديقي الرؤيا بالحقّ أنه
(( لا يجادلني عالٍم ولا جاهلٌ من القرآن إلا غلبته ))، ولا أزال مهيمناً بسلطان العلم من محكم القرآن العظيم على مدار ثلاثة عشر عاماً، تلك هي بصيرة محمدٍ رسول الله ومن اتبعه من أئمة الكتاب والمؤمنين.

Berkenaan dengan visi mimpi, maka ianya hanyalah pemberitaan melalui mimpi semata hinggalah Allah menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan atau Allah menghapusnya, hanya milik Allah jua urusan sebelum dan sesudahnya; bahkan hujjah dalam agama adalah bukti ilmu pengetahuan dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kami telah menyatakan dengan kebenaran, seandainya aku mendebat kalian selama limapuluh ribu tahun sekalipun, nescaya aku tidak mendebat kalian kecuali dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang hak, tiada apa padaku selain yang demikian, apa yang penting bagiku adalah pembenaranku terhadap visi mimpi dengan kebenaran, bahawasanya

“Tidak ada si alim maupun si jahil yang mendebatku mengenai Al Qur’an kecuali aku pasti mengalahkannya”.

Dan aku tetap mengungguli dan menguasai dengan bukti ilmu pengetahuan dari muhkam Al Qur’an sepanjang tigabelas tahun, itulah hujjah bashirah Muhammad Rasulullah dan para pengikutnya dari kalangan pemimpin yang memberi petunjuk dengan Kitabullah dan kalangan orang-orang beriman.


وأما الذين أسسوا عقيدتهم على تسليم القيادة من علي عبد الله صالح إلى الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فسبقت فتوانا منذ سنين أنهم لخاطئون كون الرؤيا خاصة ولم يأمركم الله أن تجعلوا الرؤيا فتاوى في دين الله الإسلام كونها تخصّ صاحبها وقد يحققها الله إن يشأ أو يمحوها لمن أبى أن يكون من الشاكرين، فلله الأمر من قبل ومن بعد؛ بل حتى آيات في الكتاب قابلة للتبديل. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَّكَانَ آيَةٍ ۙ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مُفْتَرٍ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (101)} صدق الله العظيم [النحل].

Adapun orang-orang yang mengasaskan akidah kepercayaan mereka berdasarkan penyerahan kepimpinan dari Ali Abdullah Saleh kepada Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, maka kami telah menyatakannya sejak beberapa tahun lalu, bahawa mereka benar-benar keliru kerana visi mimpi adalah khusus, Allah tidak perintahkan kalian untuk menjadikan visi mimpi sebagai fatwa dalam agama Allah Islam.

Ini kerana visi mimpi adalah khusus buat yang mengalaminya, mungkin sahaja Allah merealisasikannya jika Dia menghendakinya atau Allah menghapus visi mimpi itu bagi mereka yang enggan termasuk kalangan bersyukur, maka kepunyaan Allah-lah semua urusan sebelum dan sesudah; malahan ada beberapa ayat dalam Kitabullah juga mengalami penggantian.


Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat yang lain sebagai penggantinya padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkan-Nya, mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja". Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui. (101)
Maha Benar Allah
[An Nahl]



وسبقت بياناتٌ كثيرةٌ في هذا الشأن بتحذير الذين يؤخّرون بيعتهم حتى يسلّم القيادة الزعيم علي عبد الله صالح إلى الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني حتى لا يفتنهم الله ويُظهر خليفته بعذابٍ من عنده، فمن يجير من عذاب الله الذين نبذوا كتاب الله القرآن العظيم وسنة رسوله الحقّ وراء ظهورهم؟ وبرغم قناعتهم بالبيان الحقّ للقرآن العظيم الذي أيّد الله به الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فلا يجادله عالِمٌ ولا جاهل إلا غلبه، وأكدت لكافة علماء المسلمين أن ذلك بينهم وبين الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Banyak bayan keterangan mengenai perkara ini telah kami sampaikan, kami beri peringatan kepada orang-orang yang melambat-lambatkan bai’ah mereka hingga Ali Abdullah Saleh menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani, supaya Allah tidak menguji mereka dan menzahirkan khalifah-Nya dengan azab seksaan dari sisi-Nya, lalu siapa yang akan menyelamatkan orang-orang yang mencampakkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah yang hak ke balik belakang mereka dari azab Allah
?

Meskipun mereka percaya dan yakin dengan bayan keterangan yang hak bagi Al Qur’an, yang dengannya Allah telah memperkuat Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani hinggakan tiada yang alim maupun yang jahil dapat mendebat Al Mahdi melainkan dia pasti mengalahkannya, dan aku telah menegaskan kepada seluruh ulama umat Islam, bahawa yang demikian itu adalah antara mereka dan antara Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani.



وأما بالنسبة لتسليم القيادة فأقسم بالله العظيم من يحيي العظام وهي رميم أنه اتّصل بي الزعيم علي عبد الله صالح عن طريق أحد الحراسة الجسدية للزعيم (رضوان معياد) وهو أحد أنصاريَّ المخلصين الناصحين لعلي عبد الله صالح بتسليم القيادة قبل أن يفوته الأوان وكذلك أنصاريّ المكرم (جلال النويره) وكذلك (سليم السباعي) وهم الذين كلّموا الزعيم من قبل ونصحوه بتسليم القيادة للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني ونصحوه حتى يزيده الله عزاً إلى عزّه ولا ينزع منه ملكه، وأقسموا له بالحقّ أني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني خليفة الله بالحقّ فنصحوه أن يكون من السابقين بتسليم القيادة إلى الإمام المهديّ وأن يكون من الشاكرين خيراً له ولن يزيده الله إلا عزاً إلى عزّه، فقال لهم: "ما دمتم معه فنحن معه".

Adapun mengenai penyerahan kepimpinan, maka aku bersumpah demi Allah yang menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh, sesungguhnya Ali Abdullah Saleh telah menghubungiku melalui pengawal peribadinya Redwan Mayad, salah seorang ansharku yang tulus menasihati Ali Abdullah Saleh untuk menyerahkan kepimpinan sebelum hilang kesempatan, begitu juga ansharku yang dihormati Jalal Al Nouira dan Salim As Subaai.

Merekalah yang berbicara dengan Ali Abdullah Saleh sebelum ini, mereka menasihatkan dan menyarankan padanya supaya menyerahkan kepimpinan kepada Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, agar Allah menambahkan kehormatan dan kemuliaannya dan Allah tidak mencabut kerajaannya darinya, mereka bersumpah kepadanya dengan kebenaran, bahawa aku adalah Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, khalifah Allah dengan kebenaran.

Mereka menasihatinya agar dia termasuk kalangan pendahulu yang menyerahkan kepimpinan kepada Al Imam Al Mahdi, agar dia termasuk kalangan yang bersyukur kerana itulah yang lebih baik baginya, Allah tidak akan menambahkan baginya melainkan bertambah kuat dan dihormati, maka Ali Abdullah Saleh mengatakan kepada para ansharku:

“Selagimana kalian tetap bersamanya, maka selagi itulah kami juga tetap bersamanya.”



وصدر ردّنا على الزعيم مباشرةً ببيانٍ وقلنا له: يا أيها الزعيم علي عبد الله صالح، إن كنت حقاً مع الإمام ناصر محمد اليماني فعليك أن تأتي إلى دار الإمام المهديّ لتسليم القيادة فلا ينبغي لخليفة الله أن يطلب مقابلة رئيسٍ أو ملكٍ أو أميرٍ ليشحت منه تسليم الخلافة، فلا ينبغي لخليفة الله الحقّ في الأرض أن يشحت تسليم القيادة من أبو أبو كائن من كان سواء رئيساً أو ملكاً أو أميراً لكوني خليفة الله، سبحان الله العظيم! فلو أفعل ذلك فلن أجد لي من دون الله ولياً ولا نصيراً، كون ذلك تحقير من شأن خليفة الله، وليس تكبراً مني ولا غروراً، فهو من يتولّى إظهار خليفته وعلي من يطلب هو مقابلتي، وهذه فتوى لكافة خلفاء البشر في العالمين، ولن نبدل تبديلاً. وإن رفضوا الولاء للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني خليفة الله في الأرض فسوف يُظهرني الله على كافة خلفاء دول البشر في ليلةٍ وهم صاغرون، فمن بايع فقد أحسن لنفسه ولن يزيده الله إلا عزّاً إلى عزّه.

Kemudian langsung kami terbitkan respon balasan terhadapnya dengan sebuah bayan keterangan, kami katakan padanya:

Wahai pemimpin, Ali Abdullah Saleh, jika sungguh engkau benar-benar tetap bersama Al Imam Naser Mohammed Al Yamani, maka engkau perlu datang ke rumah Al Imam Al Mahdi untuk menyerahkan kepimpinan, tidaklah layak bagi khalifah Allah untuk minta bertemu ketua, pemimpin atau raja untuk mengemis penyerahan kepimpinan darinya, tidaklah layak bagi khalifah Allah yang hak di bumi untuk meminta-minta penyerahan kepimpinan dari orang-orang besar siapapun dia sama ada ketua, pemimpin atau raja kerana aku adalah khalifah Allah, Maha Suci Allah yang Maha Agung
!

Andai aku melakukannya, maka aku tidak akan menemukan seorang pelindung dan penolong untukku selain Allah, kerana yang demikian itu merupakan pelecehan terhadap urusan khalifah Allah, ini bukanlah kesombongan dan keangkuhan dariku, kerana Allah-lah yang mengurus dan mentadbir urusan menzahirkan khalifah-Nya, dan Ali-lah yang sepatutnya meminta untuk bertemuku, ini adalah pernyataan bagi semua khalifah manusia di seluruh dunia, kami tidak akan menukarnya sama sekali.

Sekiranya mereka tidak mahu taat setia dan patuh kepada Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani sebagai khalifah Allah di bumi, maka kelak Allah akan menzahirkanku kepada semua khalifah manusia di seluruh dunia pada suatu malam sedang mereka dalam keadaan tunduk, barangsiapa yang telah berbai’ah, maka dia telah berbuat baik kepada dirinya sendiri, dan Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kemuliaan dan kehormatan.



وكما قلنا من قبل للزعيم علي عبد الله صالح إن كان من الصادقين أنه مع الإمام ناصر محمد اليماني أن يأتيني ويطلب هو مقابلتي لتسليمي القيادة أو يأتي إلى داري لتسليم القيادة، ولم يفعل. وكأنه قد أخذته العزّة بالإثم أن يأتي إلى داري لتسليم القيادة! والله أعلم بما في قلبه وبيده حياته وموته سبحانه، والله أعلم فهل أخذته العزّة بالإثم حقاً؟ فإن كان كذلك فلا يغيّر الله ما بقومٍ حتى يغيّروا ما بأنفسهم، ولا نظنّ فيه إلا خيراً، وحياته وموته بيد الله وليست بيد أحدٍ، فلا نقرّ بموته ولا ننكر، فالأمر لله من قبل ومن بعد، والله هو خير الغافرين، ومن أخذته العزّة بالإثم فقد ظلم نفسه، ويمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أمّ الكتاب، فإن كان فعلاً قُتل كما يقولون فتلك عبرةٌ لكل خليفةِ أيّ دولةٍ في الأرض أن لا تأخذه العزّة بالإثم من إعلان التسليم لخليفة الله، ولن يزيده الله إلا عزّاً إلى عزّه ولن ينزع الله منه ملكه، ما لم؛ فعاقبة الذين تأخذهم العزّة بالإثم وخيمةٌ في الدنيا والآخرة.

Sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini kepada Ali Abdullah Saleh, jika sungguh dia termasuk kalangan yang benar, bahawa dia tetap bersama Al Imam Naser Mohammed Al Yamani, maka hendaklah dia mendatangiku dan meminta untuk berjumpa denganku buat menyerahkan kepimpinan, atau dia datang ke rumahku untuk menyerahkannya, namun dia tidak melakukannya. Seakan-akan telah bangkit kesombongannya dengan dosa, untuk datang ke rumahku buat menyerahkan kepimpinan
!

Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatinya, di dalam kekuasaan Allah-lah hidup dan matinya, Maha Suci Allah, Allah-lah yang lebih mengetahui adakah benar-benar telah bangkit kesombongan dalam dirinya hingga berdosa
?

Jika benar dia demikian, maka tiadalah Allah mengubah keadaan suatu kaum sehinggalah mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada mereka, dan kami bersangka baik padanya, hidup dan matinya dalam kekuasaan Allah bukan dalam kekuasaan sesiapapun, kami tidak menegaskan kematiannya dan tidak pula menafikannya, urusannya milik Allah pada sebelum dan selepas, Allah-lah sebaik-baik yang memberikan keampunan.

Barangsiapa yang bangkit kesombongannya dengan berbuat dosa, maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri, dan Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan Allah juga yang menetapkan apa yang Dia kehendaki, di sisi-Nya-lah terdapat Ummul Kitab, jika benar Ali Abdullah Saleh telah terbunuh sebagaimana yang mereka katakan, maka yang demikian itu menjadi pelajaran bagi setiap khalifah di mana-mana negara dalam dunia, agar tidak bangkit kesombongan dalam dirinya berbuat dosa, untuk mengumumkan penyerahan kuasa kepada khalifah Allah.

Allah tidak akan menambahkan padanya selain kemuliaan dan kehormatan, dan Allah tidak akan mencabut kerajaannya, jika tidak; maka kesudahan orang-orang yang bangkit kesombongannya hingga berdosa adalah kesukaran dan keburukan di dunia dan di akhirat.



ولكن حتى لا نظلم الزعيم علي عبد الله صالح برغم ظلمه لنفسه بتأخير تسليم القيادة، وعلى كل حال نواصل ما جرى بالأمس بالحقّ ولعنة الله على الكاذبين، وهي قصة اتصالٍ من طرف الزعيم بي وأنا مستلقي على سرير نومي بالعلم وليس بالحلم وذلك من بعد ظهيرة يوم أمس، وقال: "إن الزعيم يريد يسلمك القيادة"، فقلت له: فليأتِ إلى داري، فقال: "الزعيم لا يستطيع الوصول والخروج من داره إليك كونه محاصرٌ من كل الجهات وضاق عليه الخناق من كل الجهات"، فقلت: سامحه الله هو من ظلم نفسه بتأخير تسليم القيادة، وعلى كل حال فلن أذهب إلى داره بغرض استلام القيادة فكأني مستغلٌ للظروف؛ بل القيادة تأتيني إلى داري؛ بل سوف أسعى الآن لتوقيف الحرب وحقن دماء المقتتلين في صنعاء ولن آتِ إليه ليسلّمني القيادة؛ بل بهدف حقن دماء المتقاتلين الحوثيين وأنصار صالح.

Akan tetapi, supaya kami tidak menganiaya Ali Abdullah Saleh, meskipun dialah yang menganiaya dirinya sendiri kerana lambat menyerahkan kepimpinan, bagaimanapun, kita lanjutkan apa yang telah terjadi semalam dengan kebenaran, dan laknat Allah tetap ke atas para pendusta.

Ianya adalah cerita panggilan telefon dari pihak Ali Abdullah Saleh yang menghubungiku, aku sedang berbaring atas katil tempat tidurku dalam keadaan sedar tidak tidur, masa itu waktu lepas Zuhur semalam, pihaknya mengatakan:

“Sesungguhnya ketua ingin menyerahkan kepimpinan kepadamu”

Lalu aku katakan padanya: Hendaklah dia datang ke rumahku, kemudian dia mengatakan: “Ketua tidak dapat datang bahkan tidak dapat keluar dari rumahnya untuk menemuimu kerana dia dikepung dari setiap arah, dia semakin sukar dan sempit menghadapi tekanan dari banyak pihak”

Kemudian aku katakan: Semoga Allah memaafkannya, dialah yang telah menganiaya dirinya sendiri kerana lambat menyerahkan kepimpinan, walau bagaimanapun, aku tidak akan pergi ke rumahnya dengan matlamat untuk menerima kepimpinan, seolah-olah aku memanfaatkan situasi ini; bahkan kepimpinan akan mendatangiku di rumahku;

Malah aku akan keluar berjuang sekarang juga untuk menghentikan peperangan dan pertumpahan darah di San’aa, aku tidak akan datang kepadanya supaya dia menyerahkan kepimpinan kepadaku; bahkan aku keluar dengan tujuan untuk menghalang terjadinya pertumpahan darah orang-orang yang saling berperang, pihak Al Houtsi dan anshar Saleh.



فمن ثم تواصلت بأحد المشرفين بأنصار الله وهو أبو صادق السقاف فدلني على مكانه ثم ذهبت لأبي صادق السقاف فوجدته ومن معه من المشرفين من آل السقاف وغيرهم مجموعةً يقاربون عشرين شخصاً ما بين مشرفٍ وقياديٍّ وعاديّ، فتواصلت معهم ليدلّوني على مقرهم، فجئت إلى مقرٍ لهم، ولم أعرف منهم إلا قليلٌ وهم الذين أعرفهم من قبل من آل السقاف من سادة صرواح، فقلت لهم: أنا جئتكم لحقن الدماء بينكم وبين أنصار صالح في صنعاء. فرحبوا بذلك وقالوا: "نحن نعرفك ونعلم أنك من الصادقين وسوف نتواصل مع القيادات العليا لتوقيف القتال في الحي السياسي كي تصل إلى الزعيم لتحقيق السلم حسب طلبك". فقلت: تقبل الله مسعاكم يا آل السقاف ومن معكم من أنصار الله الذين يريدون السلم والسلام. فمن ثم انطلقت عبر طريق العُشاش والصُباحة ثم استدرت إلى طريق عَصِر من عقبة الصُباحة للدخول إلى شارع الزبيري ثم إلى شارع حده للدخول إلى بيت الزعيم من جانب مركز الكميم التجاري ولكنه اتصل بي المشرف أبو صادق السقاف وأنا حينها في نقطة في عَصِر، قالوا انتظر يا شيخ حتى نتواصل مع العمليات، فمن ثم اتصل بي أبو صادق وقال: "يا شيخ ناصر أرجو منك الانتظار حتى يتمّ التواصل مع القيادات العليا وكذلك نتواصل مع المشرفين في جولة كنتاكي لتوقيف القتال حتى يتسنى لك الدخول يا شيخ ناصر فلا بد من توقيف القتال من الطرفين ومن بطرف الزعيم علي عبد الله صالح". فقلت لهم: لا ينبغي للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أن يكذب في قوله واتفاقه كوني اتفقت مع بعضٍ منهم أني أريد توقيف الحرب بينهم وبين صالح لعدم ترويع اليمنيين وعدم سفك الدماء، وقلت لهم لا أزال انتظر لتوقيف إطلاق النار حسب طلب مشرفين حوثيين ليتسنى لي الدخول، فقال المتصل من طرف الزعيم: "نحن نفذنا طلبك وتمّ توقيف النار من طرف أنصار الزعيم ولا يزال الإطلاق مستمراً من أنصار الله". فقلت: سوف أتواصل مع المشرف أبو صادق السقاف. فقال: "يا شيخ لا يزال إطلاق النار مستمراً من قِبَل أنصار الله، فاطلب منك الانتظار حتى نتواصل مع القيادات العليا ليصدروا أوامر بتوقيف إطلاق النار، فارجع إلى دارك وسوف نتصل بك الليلة بعد وقف إطلاق النار". وطلب مني الرجوع والانتظار حتى يردّ لي الخبر. وقال: "الآن اقترب وقت صلاة المغرب وسيحل الظلام وليس الوقت مناسباً، ويُفضل أن تستمر في عملك لتحقيق السلام غداً في نقطة عَصِر"، برغم أني بمجرد اتصال مني لمن حول الزعيم تمّ توقيف القتال من طرفهم في ظرف عشر دقائق نظراً لوصولي إليهم لتحقيق السلم ،فبالنسبة لي فسوف أذهب إلى الزعيم لتوقيف الحرب طرف المؤتمر في الحي السياسي، وخرجت من عند مشرفي أنصار الله ممن التقيت بهم واتصلت بالرقم الخاص الذي بجانب الزعيم فكلمته أن يوقفوا القتال في حي الأمن السياسي فيتسنى لي الدخول إليهم في عدة سيارات مسلحين للتوسط لحقن الدماء، وقلت لهم: والله ثم والله لن أقبل تسليم القيادة الآن وأنا اتفقت مع مشرفين أصدقاء يثقوا في قولي فلم أقل لهم سوف أذهب للزعيم لاستلام القيادة؛ بل لإيقاف؛ بل للتوسط لإيقاف الحرب وحقن الدماء وعدم ترويع المواطنين في صنعاء، وأما لو أريد تسليم القيادة بسفك الدم فأقسم بالله العظيم لا يجاري جيش الإمام المهديّ جيشاً في العالم كونهم ليسوا عبدة الدينار ولا الدرهم والدولار؛ بل قومٌ يحبهم الله ويحبونه لا تفتنهم حتى الجنة التي عرضها السماوات والأرض؛ بل يريدون النعيم الأعظم منها كونهم لن يرضوا حتى يرضى الله في نفسه كون رضوان الله على عباده هو هدفهم الأكبر يجدونه في أنفسهم هو حقاً نعيماً أكبر من نعيم جنات النعيم التي عرضها السماوات والأرض، هدفهم بعكس هدف الشيطان كون هدفهم هدى الأمّة جميعاً حتى يكونوا شاكرين لربهم كون الله يرضى لعباده الشكر ولا يرضى لهم الكفر، ولكن هدف الشيطان وحزبه من شياطين البشر هو السعي ليلاً ونهاراً لإضلال الأمّة عن الصراط المستقيم حتى يكونوا كافرين بربهم ونعيم رضوانه كون الله يرضى لعباده الشكر ولكنهم كرهوا رضوان الله على عباده فأحبط أعمالهم، وأبشّرهم بعذابٍ من ربهم الساعة التاسعة يوماً ما ونراه قريباً بإذن الله فيُظهر الله خليفته في الأرض على العالمين في ليلةٍ وهم صاغرون ولسوف يعلمون وكان الله قديراً.

Kemudian aku berhubung dengan salah seorang pihak Ansharullah, dia adalah Abu Sadiq As Saqqaf, dia menunjukkanku tempatnya lalu aku pergi menemuinya, aku mendapati dia ada bersama para terhormat dari kalangan keluarga As Saqqaf dan selain mereka, dalam kumpulan sekitar duapuluh orang di antara yang terhormat, pemimpin dan orang biasa.

Aku berhubung dengan mereka agar mereka menunjukkan kepadaku markas mereka, aku tidak kenal di antara mereka kecuali beberapa yang aku kenal sebelum ini dari kalangan ahli keluarga As Saqqaf, termasuk pembesar Sarwah, kemudian aku katakan kepada mereka: Aku datang kepada kalian ini untuk menghentikan pertumpahan darah antara kalian dan anshar Saleh di San’aa. Mereka menyambutnya dengan gembira lalu mereka mengatakan: “Kami mengenalimu dan kami tahu engkau jujur, kelak kami akan hubungi para pimpinan tertinggi untuk menghentikan perang di daerah kejiranan politik, supaya engkau dapat sampai menemui ketua untuk merealisasikan perdamaian sebagaimana yang engkau pinta”.

Lalu aku katakan: Semoga Allah menerima usaha gigih kalian wahai ahli keluarga As Saqqaf, juga orang-orang yang bersama kalian kalangan Ansharullah yang mahukan perdamaian dan keamanan.

Kemudian aku pergi pula melalui jalan Al’ushash
dan Ashubaahah, lalu masuk ke jalan ‘Aser di jalan pergunungan Ashubaahah untuk masuk ke jalan Az Zubairi kemudian terus ke jalan Hada supaya aku dapat masuk rumah ketua dari sisi pusat perbelanjaan Al Kamim, akan tetapi yang terhormat Abu Sadiq As Saqqaf telah menghubungiku, dan aku pada ketika itu masih di Aser point, dia kata tunggulah wahai syaikh hingga kami berhubungan dengan pengoperasian, lalu Abu Sadiq menghubungiku dan berkata:

“Wahai syaikh Naser, aku harap darimu agar menunggu sampai kami selesai berkomunikasi dengan para pimpinan tertinggi, begitu juga berkomunikasi dengan para penjaga di pusingan Kentucky untuk menghentikan perang supaya mudah untukmu masuk wahai syaikh Naser, kerana perang dari dua pihak dan dari pihak Ali Abdullah Saleh perlu dihentikan”.

Lalu aku katakan pada mereka: Tidak sepatutnya bagi Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani untuk bercakap bohong dan melanggar kesepakatan, ini kerana aku telah buat perjanjian dengan sebahagian mereka bahawa aku mahu hentikan perang antara mereka dan antara Saleh, agar lenyap ancaman dan ketakutan rakyat Yaman, agar tiada pertumpahan darah terjadi.

Aku katakan pada mereka, aku masih menunggu letusan tembak-menembak berhenti mengikut permintaan para terhormat Al Houtsi supaya aku mudah masuk, kemudian yang menghubungiku dari pihak Saleh berkata: “Kami telah laksanakan permintaanmu, tembakan dari pihak anshar Saleh telah berhenti, namun tembakan dari Ansharullah masih berlanjut”. Aku katakan: Nanti aku hubungi Abu Sadiq As Saqqaf.

Dia berkata: “Wahai syaikh, tembakan masih berterusan dari arah Ansharullah, aku mohon engkau tunggu hingga kami berhubung dengan para pimpinan tertinggi untuk mengeluarkan arahan buat menghentikan tembakan, pulanglah ke rumahmu, kelak kami akan menghubungimu waktu malam setelah tembak menembak berhenti
”.


Dia memintaku untuk pulang dan menunggu hingga dia memberi respon berita kepadaku. Dia berkata: “ Sekarang sudah dekat waktu sholat Maghrib dan akan mulai gelap, ini bukan waktu yang sesuai, lebih baik tugasmu untuk mewujudkan keamanan itu dilanjutkan pada esok hari di ‘Aser point”, meskipun aku hanya menghubungi orang dekat Ali Abdullah Saleh, perang dari pihak mereka telah berhenti dalam masa sepuluh minit, kerana kedatanganku pada mereka adalah untuk mewujudkan perdamaian.

Berkenaan diriku, kelak aku akan pergi menemui kepada ketua untuk menghentikan perang dari sisi persidangan (partai) di daerah politik, dan aku telah keluar dari sisi para terhormat Ansharullah, dari kalangan mereka yang aku temui dan hubungi dengan nombor khas yang ada pada ketua, dan aku bicara padanya supaya mereka menghentikan perang di daerah aman kejiranan politik, agar mudah untuk aku masuk menemui mereka dalam beberapa kenderaan bersenjata sebagai pengantara untuk menghalang pertumpahan darah, aku katakan kepada mereka:

Demi Allah, demi Allah, aku tidak akan terima penyerahan kepimpinan sekarang, sedang aku telah mengadakan perjanjian dengan para terhormat, teman-teman yang mempercayai ucapanku, aku tidak mengatakan pada mereka bahawa aku akan pergi kepada ketua untuk menerima kepimpinan; namun untuk menghentikan perang; malah sebagai orang tengah untuk menghentikan perang, mencegah pertumpahan darah dan melenyapkan ancaman dan ketakutan orang-orang yang menetap di San’aa.

Adapun sekiranya aku mahukan penyerahan kepimpinan dengan pertumpahan darah, maka aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, tentera Al Imam Al Mahdi tidak setanding dengan tentera manapun di dunia, kerana mereka bukan penyembah dinar, dirham dan tidak pula dolar; bahkan mereka adalah kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, hinggakan syurga yang seluas langit dan bumi tidak dapat menggiurkan mereka;

Bahkan mereka dambakan An Na’eem Al A’dhom -kenikmatan yang lebih besar- dari kenikmatan syurga, kerana mereka tidak rela dan puas hinggalah Allah redha dalam Diri-Nya, sebab keredhaan Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah tujuan mereka yang terbesar, yang mereka temukan dalam diri mereka bahawa keredhaan Allah itu benar-benar sebuah kenikmatan yang terbesar dari kenikmatan syurga yang seluas langit dan bumi.

Tujuan mereka berlawanan dengan tujuan syaitan, kerana tujuan mereka adalah untuk membimbing dan memberi petunjuk kepada umat seluruhnya, supaya mereka menjadi hamba-hamba yang bersyukur kepada Tuhan, sebab Allah meredhai kesyukuran bagi hamba-Nya dan Allah tidak meredhai kekafiran bagi mereka, akan tetapi tujuan syaitan dan pengikutnya kalangan syaitan-syaitan manusia adalah berjuang siang malam untuk menyesatkan umat dari jalan yang lurus supaya mereka mengingkari Tuhan mereka dan mengingkari nikmat keredhaan-Nya, sebab Allah meredhai kesyukuran bagi hamba-Nya, namun mereka tidak menyukai keredhaan Allah ke atas hamba-hamba-Nya, lalu Allah menghapus amal perbuatan mereka.

Aku khabarkan berita gembira buat mereka dengan azab seksaan dari Tuhan mereka pada jam Sembilan di suatu hari, kami lihat ianya telah dekat dengan izin Allah, lalu Allah menzahirkan khalifah-Nya di bumi kepada seluruh dunia di suatu malam sedang mereka menundukkan diri, kelak mereka akan mengetahuinya, sesungguhnya Allah Maha Menguasai.


واستغنيت بربي ليظهرني على العالمين إنّ ربي غني حميد، وكفى الله المؤمنين القتال وكان الله قوياً عزيزاً.

Aku merasa cukup dengan Tuhanku untuk menzahirkanku kepada dunia, sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Terpuji, semoga Allah menghindarkan orang-orang yang beriman dari peperangan, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.


فلا تنسوا أن الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني خليفة الله على العالمين، وما عساه يكون تسليم القيادة من علي عبد الله صالح سواء كان حياً يرزق أم استشهد كما يقولون والله أعلم وأحكم؟ وحتى ولو قتل فلا ولن يزيد الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وكافة عبيد النعيم الأعظم رضوان الله ربهم إلا إيماناً وتثبيتاً، ولم يعبدوا المُلكَ بتسليم القيادة من رئيسٍ ولا من ملكِ ولا أميرٍ وإلى الله ترجع الأمور، فلا يفتنهم حتى نعيم الجنة التي عرضها السماوات والأرض، يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور، ولسوف يعلمون أن وعد الله حقّ ولكن أكثر الناس لا يعلمون.

Maka janganlah kalian lupa bahawa Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani adalah khalifah Allah untuk seluruh dunia, apa yang dapat dilakukannya jika terjadi penyerahan kepimpinan dari Ali Abdullah Saleh, sama ada dia masih hidup atau telah syahid sebagaimana yang mereka katakan, padahal Allah lebih mengetahuinya dan lebih bijaksana
?

Sekalipun dia telah terbunuh, maka tidak, tidak akan menambah kepada Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani dan seluruh pengabdi An Na’eem Al A’dhom -keredhaan Allah Tuhan mereka-, melainkan bertambah keimanan dan keteguhan, mereka tidak mengabdi kerajaan dengan penyerahan kepimpinan dari ketua, tidak pula dari pemimpin atau raja.

Hanya kepada Allah kembalinya segala urusan, tidak menggiurkan mereka hatta kenikmatan syurga yang seluas langit dan bumi sekalipun, Allah mengetahui mata-mata khianat dan apa yang terpendam di dalam dada, dan kelak mereka akan tahu bahawasanya janji Allah itu benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para rasul, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian, Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani

_________________
-sumber-