الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani

20 - جمادى الآخرة - 1431 هـ
04 - 05 - 2010 مـ
12:02 صباحاً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
Mengikut takwim rasmi Makkah
ــــــــــــــــــــ


القول المختصر في المسيح الكذاب الأشِر
المسيح الكذاب ليس بأعورٍ ولا مكتوبٌ على جبينه كافر ..


Pernyataan Ringkas Mengenai Al Masih Ad Dajjal Yang Sangat Pendusta
Al Masih Al Kadzdzaab Ad Dajjal Tidak Bermata Satu -Buta Sebelah Mata- Dan Tidak Tertulis Di Dahinya ‘KAFIR’..

اقتباس المشاركة :
سؤال عن المسيح الدجال: كما ذكر فى القرآن الكريم أن المسيح الحقيقى سيدنا عيسى لم يصلب وإنما شبه به، وكذلك يقال أن المسيح الدجال الأعور هو إبليس، فهل معنى ذلك أن المسيح الدجال تشبه فى صورة المسيح الحقيقى أثناء صلبه، وما الحكمة فى ذلك؟ وإن كان المسيح الدجال يريد أن يقنع البشر أنه الله، ما الحكمة أن يأتى المسيح الحقيقى يُحيي الموتى والمسيح الدجال يُحيي الموتى؟

Pertanyaan mengenai Al Masih Ad Dajjal: Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Qur’an, Al Masih yang sejati ‘Isa Putra Maryam tidak disalib, namun yang disalib adalah yang diserupakan dengannya, begitu juga dikatakan bahawa Al Masih Ad Dajjal yang bermata satu adalah Iblis, adakah ini bermakna Ad Dajjal menyerupai penampilan Al Masih yang sejati semasa penyalibannya, apa hikmah pada yang demikian? Jika Ad Dajjal ingin meyakinkan manusia bahawa dia adalah ‘Allah’, apa hikmah kedatangan ‘Isa yang sejati dapat menghidupkan orang mati dan Ad Dajjal juga menghidupkan orang mati
?

انتهى الاقتباس

بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته أخي السائل الكريم الباحث عن الحق، فبالنسبة لسؤالك الأول الذي تقول فيه:

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkahan-Nya semoga tetap ke atasmu saudaraku pencari kebenaran yang bertanya, mengenai pertanyaan pertamamu yang engkau nyatakan:

اقتباس المشاركة :
كما ذكر فى القرآن الكريم أن المسيح الحقيقى سيدنا عيسى لم يصلب وإنما شبه به، وكذلك يقال أن المسيح الدجال الأعور هو إبليس، فهل معنى ذلك أن المسيح الدجال تشبه فى صورة المسيح الحقيقى أثناء صلبه، وما الحكمة فى ذلك؟

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Qur’an, Al Masih yang sejati ‘Isa Putra Maryam tidak disalib, namun yang disalib adalah yang diserupakan dengannya, begitu juga dikatakan bahawa Al Masih Ad Dajjal yang bermata satu adalah Iblis, adakah ini bermakna Ad Dajjal menyerupai penampilan Al Masih yang sejati semasa penyalibannya, apa hikmah pada yang demikian
?

انتهى الاقتباس

وإليك الجواب بالحقّ، فبالنسبة للذي شُبِّه لهم إنّما هو جسدٌ لا روح فيه خلقه الروح القدس فشبهه بصورة المسيح عيسى ابن مريم بإذن الله، فجعله في مرقد المسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام، وقام اليهود بقتل ذلك الجسد وصلبه وانقذ الله عبده ونبيّه من مكرهم فأيّده بالروح القدس عليه الصلاة والسلام. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَى وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلاً وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوتَى بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنكَ إِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْهُمْ إِنْ هَـذَا إِلاَّ سِحْرٌ مُّبِينٌ} صدق الله العظيم [المائدة:110].

Untukmu jawaban dengan kebenaran, mengenai orang yang diserupakan dengan ‘Isa bagi mereka, ianya adalah jasad tanpa ruh yang diciptakan oleh Ar Ruh Al Qudus -Jibril-, yang menyerupakannya dengan figur dan penampilan ‘Isa Putra Maryam dengan izin Allah, lalu Ar Ruh Al Qudus meletakkan jasad tanpa ruh yang diserupakan itu di tempat pembaringan ‘Isa putra Maryam
-alayhis sholaatu wassalaamu'-

Kemudian Yahudi melaksanakan pembunuhan terhadap jasad itu dan mereka menyalibnya, namun Allah telah menyelamatkan hamba-Nya dan nabi-Nya dari makar perbuatan jahat mereka dengan Ar Ruh Al Qudus
alayhis sholaatu wassalaamu'

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:
(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai ‘Isa Putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan Ar Ruh Al Qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (110)
Maha Benar Allah
[Al Maa-idah]



وأما بالنسبة لسؤالك الآخر الذي تقول فيه:

Adapun mengenai pertanyaan lainmu yang engkau nyatakan:

اقتباس المشاركة :
فهل معنى ذلك أن المسيح الدجال تشبه فى صورة المسيح الحقيقى أثناء صلبه، وما الحكمة فى ذلك

Adakah ini bermakna Ad Dajjal menyerupai penampilan Al Masih yang sejati semasa penyalibannya, apa hikmah pada yang demikian
?

انتهى الاقتباس



والجواب: اعلم أيُّها السائل الكريم إنّ الذي شُبه بالمسيح عيسى ابن مريم ليس أنه تشبه بالمسيح عيسى ابن مريم بل شُبه بصورة المسيح أن تمَّ خلقه كمثل صورة المسيح عيسى ابن مريم، وذلك حتى يقوم اليهود بصلبه وقتل جسده بالسيوف، ولكنه ليس إلا جسدٌ لا روح فيها تمّ إلقاؤه في فراش المسيح عيسى ابن مريم، وقد تمّ طعن ذلك الجسد وصلبه ودفنه، وتلك فتنةٌ من الله لهم بسبب مكرهم فيظنّون أنّهم قتلوا المسيح عيسى ابن مريم. وقال الله تعالى: {وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ} صدق الله العظيم [النساء:157].

Jawabannya: Ketahuilah wahai yang bertanya, sesungguhnya yang serupa dengan Al Masih ‘Isa Putra Maryam itu bukan bermakna sama dengan Al Masih ‘Isa Putra Maryam, namun ianya menyerupai figur dan penampilan Al Masih sejati, ianya telah diciptakan seperti figur dan penampilan ‘Isa Putra Maryam, demikian itu sehinggalah Yahudi membunuh jasadnya dengan pedang-pedang mereka

Akan tetapi yang mereka bunuh itu tidak lain kecuali jasad tanpa ruh yang telah diletakkan di tempat tidur Al Masih ‘Isa Putra Maryam, jasad tanpa ruh itulah yang ditusuk, disalib dan ditanam, demikian itu adalah fitnah ujian serta cobaan dari Allah untuk mereka yang disebabkan oleh makar perbuatan jahat mereka, lalu mereka menyangka bahawa mereka telah membunuh Al Masih ‘Isa Putra Maryam.

Allah Ta’ala berfirman:
dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, ‘Isa Putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan ‘Isa bagi mereka.
Maha Benar Allah
[An Nisaa:157]



إذاً قد تمّ قتل ذلك الجسد المُشبّه بالمسيح عيسى ابن مريم وانتهى أمر ذلك الجسد، وليس الحكمة من ذلك إلا ليخدع اللهُ به الذين يمكرون بابن مريم، وذلك حتى تقع العداوة والبغضاء بين أنصار المسيح عيسى ابن مريم وبين اليهود إلى يوم القيامة، وذلك بسبب قتل المسيح عيسى ابن مريم في عقيدة النصارى برغم أنّهم ما قتلوه وما صلبوه وإنّما قتلوا وصلبوا الجسد الذي شُبِّه لهم بصورة المسيح عيسى ابن مريم.

Jadi yang dibunuh adalah jasad yang diserupakan dengan Al Masih ‘Isa Putra Maryam dan selesailah perkara jasad itu, tiadalah hikmah dari yang demikian melainkan Allah hendak membalas tipudaya orang-orang yang berbuat makar jahat terhadap Putra Maryam dengan jasad itu

Demikian itu agar timbul permusuhan dan dendam antara anshar Al Masih ‘Isa Putra Maryam dan antara Yahudi hingga Hari Pembalasan, yang disebabkan oleh pembunuhan ‘Isa Putra Maryam dalam kepercayaan Nasrani, meskipun Yahudi sebenarnya tidak membunuh ‘Isa dan mereka tidak menyalibnya, kerana sesungguhnya yang mereka bunuh dan salib itu adalah jasad yang diserupakan bagi mereka dengan figur penampilan Al Masih ‘Isa Putra Maryam.


وأما بالنسبة لسؤالك الذي تقول فيه:

Adapun mengenai pertanyaanmu yang engkau nyatakan:

اقتباس المشاركة :
وكذلك يقال أنّ المسيح الدجال الأعور هو إبليس

Begitu juga dikatakan bahawa Al Masih Ad Dajjal yang bermata satu adalah Iblis
انتهى الاقتباس


ومن ثم نُردُّ عليك بالحقّ ونقول: اللهمّ نعم إنّ المسيح الكذاب هو إبليس الشيطان الرجيم الذي يريد أن يقول إنّه المسيح عيسى ابن مريم، ويقول إنّه الله ربّ العالمين، وما كان لابن مريم أن يقول ما ليس لهُ بحقّ؛ بل ذلك هو المسيح الكذاب وليس المسيح عيسى ابن مريم؛ بل هو الشيطان الرجيم الذي ينتحل شخصيّة المسيح عيسى ابن مريم، وبما أنّه ليس المسيح عيسى ابن مريم ولذلك يُسمّى المسيح الكذاب لأنه ليس المسيح عيسى ابن مريم الحقّ صلّى الله عليه وعلى أمّه وأسلّمُ تسليماً.

Oleh itu kami membalasmu dengan kebenaran, kami katakan: Ya Allah, benar, sesungguhnya Al Masih Al Kadzdzaab adalah Iblis syaitan yang direjam, yang ingin mengaku bahawa dia adalah ‘Al Masih Isa Putra Maryam’, lalu kemudian mengaku dia adalah ‘Allah Tuhan Semesta Alam’, padahal tiadalah layak bagi Isa Putra Maryam untuk mengatakan sesuatu yang dia tidak berhak untuk mengatakannya.

Namun yang berbuat seperti itu adalah Al Masih Al Kadzdzaab (Al Masih Ad Dajjal), bukan Al Masih ‘Isa Putra Maryam, bahkan Al Masih Al Kadzdzaab adalah syaitan yang direjam, dialah yang akan menyamar sebagai sosok Isa Putra Maryam.

Lantaran dia bukanlah Al Masih Isa Putra Maryam yang sebenar, maka dia digelar Al Masih Al Kadzdzaab, Al Masih yang sangat pendusta, kerana dia bukan Al Masih Isa Putra Maryam yang sejati -salam sejahtera terlimpahkan ke atas ‘Isa dan ibunya dengan salam penuh penghormatan-


وأما بالنسبة لقولك إنّ المسيح الكذاب أعور، فلا أعلم أنّه أعور ولا أعلمُ أنّه مكتوب على جبينه كافر، وإنما تلك خدعة من شياطين البشر المُفترين عن النبيّ الخاتم - صلى الله عليه وآله وسلم - وذلك حتى يفتنوا المسلمين بالمسيح الكذاب حين يجدون أنّه ليس بأعور ولا مكتوب على جبينه كافر ومن ثم يصدّقونه، ويا سُبحان ربي وكأنّ الله إنسانٌ! سُبحانه! وإنّما الفرق أنّه أعور وربّكم ليس بأعور! أفلا تتقون؟ ليس كمثله شيء سُبحانه ولا يشبهه أحدٌ من خلقه جل جلاله.

Adapun mengenai pertanyaanmu Al Masih Al Kadzdzaab itu buta sebelah matanya, maka aku tidak menemukan bahawa dia bermata satu dan aku juga tidak menemukan bahawa di dahinya tertulis 'kafir'.

Demikian itu sebenarnya adalah helah tipudaya dari syaitan-syaitan manusia, yang mengada-adakan kebohongan terhadap Nabi Penutup Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-, supaya syaitan-syaitan manusia ini dapat menipu kaum muslimin mengenai Al Masih Al Kadzdzaab bilamana mereka kelak mendapatinya tidak buta sebelah mata dan tidak tertulis di dahinya kafir, lantas membuatkan umat Islam tertipu dan membenarkannya.

Aduhai Maha Suci Tuhanku, lantas Allah disamakan pula seperti manusia -Maha Suci Dia-, kerana (dikatakan) bahawa perbezaan nyata adalah 'Ad Dajjal itu buta sebelah matanya sedang Tuhan kalian tidaklah buta sebelah', aduhai mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah, takutlah kepada-Nya, tiada sesuatu yang menyerupai-Nya -Maha Suci Dia-, tiada sesuatu pun yang sama dengan-Nya dari ciptaan-Nya, Maha Tinggi lagi Maha Agung Dia.


وأما بالنسبة لقولك:

Adapun mengenai ucapanmu:
اقتباس المشاركة :
(وإن كان المسيح الدجال يريد أن يقنع البشر أنّه الله)

Bahawa Al Masih Ad Dajjal mahu meyakinkan manusia bahawa dia adalah
'Allah'
انتهى الاقتباس


ومن ثمّ أردّ عليك بالحقّ: وذلك لأنّ الشيطان يريد فتنة البشر جميعاً فاستغل عقيدة النصارى بغير الحقّ، ويريد أن يضلّ النصارى والمُسلمين عن الصراط المُستقيم، وأمّا اليهود فهم يعلمون أنّه الشيطان الرجيم ولكنهم يئسوا من رحمة الله ويريدون أن يكون النصارى والمُسلمون جميعاً معهم في نار جهنم، ولذلك يحذر الله النصارى من مكر اليهود. وقال الله تعالى:
{قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيراً وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ} صدق الله العظيم [المائدة:77].

Untuk itu aku jawab dengan kebenaran: Demikian ini kerana Ad Dajjal adalah syaitan yang mahu menipu manusia seluruhnya, jadi dia mengeksploitasi akidah kepercayaan kaum Nasrani tanpa alasan yang benar, dan dia mahu menyesatkan kaum Nasrani serta kaum muslimin dari jalan yang lurus.

Adapun orang-orang Yahudi, maka mereka sebenarnya mengetahui bahawa dia itu adalah syaitan yang direjam, akan tetapi mereka adalah kaum yang telah berputus asa dari rahmat Allah, mereka ingin kaum Nasrani dan umat Islam semuanya bersama-sama mereka berada di Neraka Jahannam, kerana itu Allah memperingatkan kaum Nasrani agar mewaspadai makar tipudaya kaum Yahudi ini.

Allah Ta’ala berfirman:
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan [melampaui batas] dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya [sebelum kedatangan Muhammad] dan mereka telah menyesatkan kebanyakan [manusia], dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." (77)
Maha Benar Allah
(Al-Maa'idah)


ويخاطب الله النصارى بقوله تعالى:
{قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ}، ومن ثم حذّرهم من اتِّباع افتراء اليهود بالمُبالغة في الكتب المُفتراة عن المسيح عيسى ابن مريم. ولذلك قال الله تعالى: {وَلا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيراً وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ} صدق الله العظيم، وذلك لأنّ كثيراً من كُتب الإنجيل الحالية والتوراة إنما هي من افتراء شياطين البشر من اليهود ليضلّوا النصارى عن سواء السبيل، ولذلك قال الله تعالى: {قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيراً وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ} صدق الله العظيم.

Allah menujukan firman-Nya ini kepada kaum Nasrani, Dia berfirman:
Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan [melampaui batas] dengan cara tidak benar dalam agamamu.

Kemudian Allah SWT memperingatkan mereka agar tidak mengikuti kebohongan yang diada-adakan oleh kaum Yahudi, dengan cara berlebih-lebihan pada catatan-catatan rekayasa mengenai Al Masih ‘Isa Putra Maryam, sebab itu Allah Ta’ala berfirman:
Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya [sebelum kedatangan Muhammad] dan mereka telah menyesatkan kebanyakan [manusia], dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.(77)
Maha Benar Allah
(Al Maa'idah)

Demikian itu kerana kebanyakkan dari kitab-kitab Injil dan Taurat sekarang ini sebenarnya hanyalah rekayasa kebohongan yang diada-adakan oleh syaitan-syaitan manusia dari kalangan kaum Yahudi, untuk menyesatkan kaum Nasrani dari jalan yang lurus, kerana itu Allah Ta’ala berfirman:
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan [melampaui batas] dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya [sebelum kedatangan Muhammad] dan mereka telah menyesatkan kebanyakan [manusia], dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." (77)
Maha Benar Allah
(Al Maa'idah)



وأما سؤالك الذي تقول فيه:

Adapun pertanyaanmu yang engkau nyatakan:
اقتباس المشاركة :
ما الحكمة أن يأتي المسيح الحقيقي يُحيي الموتى والمسيح الدجال يُحيي الموتى؟

Apa hikmah kedatangan ‘Isa yang sejati dapat menghidupkan orang mati dan Ad Dajjal juga menghidupkan orang mati
?
انتهى الاقتباس


ومن ثم يردّ عليك المهديّ المنتظَر بالقول المُباشر من مُحكم الذكر، قال الله تعالى: {قُلْ إِنَّ رَ‌بِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ﴿٤٨﴾ قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ ﴿٤٩﴾} صدق الله العظيم [سبأ].

Untuk itu Al Mahdi Al Muntadhar membalasmu dengan firman Allah langsung dari muhkam Adz-Dzikr Al-Qur'an, Allah Ta’ala berfirman:
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku mewahyukan kebenaran. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib". (48) Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang bathil itu tidak akan memulai dan tidak [pula] akan mengulangi". (49)
Maha Benar Allah
[Sabaa']


بل تجد الله يعلن بالتحدي على الباطل وأوليائِه أن يُرجعوا روح ميتٍ من بعد موته، وقال الله تعالى فإن فعلوا مع أنّهم يدعون الباطل من دونه فقد صدقوا في شركهم بالله. وقال الله تعالى:
{فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ ﴿٨٣﴾ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُ‌ونَ ﴿٨٤﴾ وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُ‌ونَ ﴿٨٥﴾ فَلَوْلَا إِن كُنتُمْ غَيْرَ‌ مَدِينِينَ ﴿٨٦﴾ تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٨٧﴾} صدق الله العظيم [الواقعة].

Bahkan engkau akan mendapati bahawa Allah menyatakan tantangan dengan mencabar kebatilan beserta pengikut-pengikutnya untuk mengembalikan nyawa si mati setelah kematiannya.

Allah Ta’ala menyatakan jika mereka dapat melakukannya -padahal mereka adalah penyeru kebatilan selain Allah-, maka mereka benar dalam kesyirikan mereka terhadap Allah.

Firman Allah Ta’ala:
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, (83) padahal kamu ketika itu melihat, (84) dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat, (85) maka mengapa jika kamu tidak dikuasai [oleh Allah]? (86) Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar? (87)
Maha Benar Allah
(Al-Waaqi'ah)



فانظر للتحدي من ربّ العالمين للباطل وأوليائِه أن يُرجِعوا الروح إلى الجسد
{تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم، ولكن المُفترين يريدون أن يفتنوا المُسلمين عن العقائد الحقّ في محكم كتاب الله فيكذبوا الله وتحديه بالحقّ، ولذلك تجد المُسلمين يعتقدون بالباطل المُخالف لتحدي الله فيعتقدون أنّ الباطل يعيد الروح إلى الجسد وإنّما قالوا بإذن الله! ومن ثم نقول لهم والله الذي لا إله غيره لا يصدق هذا الافتراء إلا الذين هم كمثل الإنعام لا يتفكّرون ولا يتدبّرون محكم كتاب الله القرآن العظيم، فهم لا يعقلون ويتّبعون الاتّباع الأعمى من غير تفكرٍ ولا تدبّر، فهل هذه الرواية أو الحديث من عند الله؟ وهل هي مخالفةٌ لمحكم الكتاب أم لا تتعارض معه شيئاً؟ وبرغم أنها تتعارض مع التحدي من ربّ العالمين في محكم كتابه {تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم، فاعتقد المُسلمون أنّ الباطل سيُرجع الروح في الجسد! إذاً صدّقوا الباطل وكذبوا الله سُبحانه الذي يقول للباطل وأوليائِه {تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم، وصدق الله العظيم وكذب شياطين البشر المُفترون والأنعام من عُلماء المُسلمين الذين صدّقوا برواياتهم وكذبوا بكلام الله في القرآن العظيم. وقال الله تعالى: {قُلْ إِنَّ رَ‌بِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ﴿٤٨﴾ قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ ﴿٤٩﴾} صدق الله العظيم [سبأ].

Perhatikan cabaran dan tantangan dari Tuhan Semesta Alam terhadap kebatilan beserta para pengikutnya, agar mereka mengembalikan nyawa ke dalam jasad:
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah
(Al-Waaqi'ah)

Akan tetapi para pembuat kebohongan itu mahu menipu kaum muslimin mengenai akidah kepercayaan yang benar pada muhkam Kitabullah dengan mendustakan Allah dan mendustakan tantangan-Nya dengan haq, sebab itu engkau akan menemukan kaum Muslimin itu mempercayai kebatilan, mempunyai keyakinan yang bertentangan dengan cabaran dan tantangan dari Allah, engkau akan dapati mereka percaya bahawa kebatilan dapat mengembalikan nyawa kepada jasad, mereka mengatakan itu terjadi hanya dengan izin Allah.

Oleh itu kami katakan kepada mereka, demi Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, tidak ada yang akan membenarkan kebohongan ini kecuali orang-orang yang mereka itu seperti hewan ternak, tidak mentafakkuri dan mentadabburi muhkam Kitabullah Al Qur'an yang agung kerana mereka itu tidak memikirkan, mereka mengikuti secara membuta-tuli tanpa bertafakkur dan bertadabbur, adakah riwayat atau hadits ini benar-benar dari Allah? Adakah ianya bertentangan dengan muhkam Kitabullah atau tiada sesuatu apapun yang bertentangan padanya
?

Meskipun sebenarnya riwayat ini bertentangan dengan cabaran tantangan dari Tuhan Semesta Alam pada muhkam Kitab-Nya:
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah
(Al-Waaqi'ah)

Lalu kaum muslimin percaya bahawa kebatilan dapat mengembalikan ruh pada jasad, jika demikian, maka mereka telah membenarkan kebatilan dan mendustakan Allah Ta’ala yang menyatakan tantangan terhadap kebatilan beserta para pengikutnya
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah

Maha Benar Allah lagi Maha Agung, dan telah berdusta syaitan-syaitan manusia yang merekayasa kebohongan beserta hewan ternak dari kalangan alim-ulama kaum muslimin yang membenarkan riwayat syaitan manusia, lalu mendustakan firman Allah dalam Al Qur'an yang agung.

Allah Ta’ala berfirman:
Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang bathil itu tidak akan memulai dan tidak [pula] akan mengulangi". (49)
Maha Benar Allah
[Sabaa']

وأما المسيح عيسى ابن مريم الحقّ - صلى الله عليه وآله وسلم - فإني أشهد أنّ الله أيّده بمُعجزة إحياء الموتى كونه لا يدعو الى نفسه وما ينبغي له بل وقال الله تعالى:
{لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ} صدق الله العظيم [المائدة:72].

Adapun Al Masih ‘Isa Putra Maryam yang haq -sholawat Allah ke atasnya dan keluarganya serta salam sejahtera-, maka sesungguhnya aku bersaksi bahawa Allah telah menganugerahi dan meneguhkannya dengan mu'jizat dapat menghidupkan orang yang telah mati, kerana ‘Isa -‘alayhissalaam- tidak menyeru kepada dirinya dan kepada sesuatu yang tidak pantas untuknya, bahkan Allah Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Al Masih Putra Maryam", padahal Al Masih [sendiri] berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mempersekutukan [sesuatu dengan] Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. (72)
Maha Benar Allah
(Al-Maa'idah)



ولذلك أيّده الله بمعجزة إحياء الموتى لتكون تصديقاً من الله لما يدعو إليه المسيح عيسى ابن مريم صلّى الله عليه وآل عمران وأسلِّمُ تسليماً، والسؤال الذي يطرح نفسه: فكيف كذلك يؤيّد الله مُعجزة إحياء الموتى للمسيح الكذاب وهو يدعو الى نفسه؟ فكيف يؤيده الله فيصدّق دعوته بمُعجزة من عنده! فكيف يقيم الله الحُجة على نفسه سُبحانه فيبطل تحديه بنفسه!! سُبحانه ألم يقُل الله تعالى:
{تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم؟ فكيف يُصدِّقُ الباطل بمُعجزة من عنده فيكذِّب نفسه سُبحانه وتعالى علواً كبيراً؟ فهل يقبل ذلك العقل والمنطق؟ بل لن يقبل ذلك العقل والمنطق، ولذلك تجدونه مُخالفاً للتحدي في مُحكم كتاب الله {تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم، أفلا تعلمون أنهم لو يرجعونها لصدقوا في دعوتهم للباطل من دونه؟

Sebab itulah Allah telah meneguhkannya dengan anugerah mukjizat boleh menghidupkan orang yang telah mati, agar mu'jizat itu menjadi sebuah pembenaran dari Allahbagi seruan kebenaran ‘Isa Putra Maryam -sholawat Allah ke atasnya beserta keluarga Imron dan aku sampaikan salam penghormatanku untuk mereka-

Pertanyaan yang muncul:
Bagaimana terhadap yang demikian ini, Allah dapat meneguhkan dan memperkuat Al Masih Si Pendusta dengan mu'jizat dapat menghidupkan orang mati, padahal dia menyeru kepada dirinya? Bagaimana pula Allah dapat meneguhkan Ad Dajjal lalu membenarkan seruannya dengan mu'jizat dari sisi-Nya
?

Lantas bagaimana pula Allah dapat menegakkan hujjah ke atas Diri-Nya sendiri -Maha Suci Dia-, lalu membatalkan tantangan-Nya dengan Diri-Nya sendiri? Maha Suci Dia, bukankah Dia berfirman:
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah
(Al-Waaqi'ah)

Jadi, bagaimana pula kebatilan dapat dibenarkan dengan mu'jizat dari sisi-Nya, lalu Dia dapat mendustakan Diri-Nya sendiri -Maha Suci Dia- lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung, adakah yang demikian ini dapat diterima akal fikiran dan logik
?

Padahal yang demikian itu sama sekali tidak masuk akal dan tidak logik, kerana itu kalian mendapati ianya bertentangan dengan tantangan Allah dalam muhkam Kitab-Nya Al Qur'an
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah

Bukankah kalian mengetahui bahawa jika mereka dapat mengembalikan nyawa itu kepada jasad, maka mereka benar dalam seruan dakwah mereka menuju kebatilan selain Allah
?



ألم يقُل الله تعالى:
{تَرْ‌جِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم؟ فكيف يكونون صادقين فيرجعون الروح إلى الجسد؟ سُبحان الله العظيم وتعالى علوا كبيراً! بل كفر المسلمون بالقرآن العظيم واتّبعوا روايات وأحاديث الشياطين ويحسبون أنّهم مهتدون ذلك لأنّهم قومٌ لا يعقلون إلا من رحم ربي وحكّم عقله فاتّبع الإمام المهديّ الذي يدعو إلى الحقّ ويهدي إلى صراطٍ مستقيم، وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..

Bukankah Allah Ta’ala berfirman:
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah
(Al-Waaqi'ah)
?

Lalu bagaimana pula mereka dapat menjadi orang-orang yang benar dengan mengembalikan nyawa ke jasad? Maha Suci Allah yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Besar.

Bahkan kaum muslimin telah mengingkari Al Qur'an yang agung, dengan mengikuti riwayat-riwayat dan hadits-hadits bikinan syaitan-syaitan, lalu mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

Demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak memikirkan, kecuali mereka yang dirahmati Tuhanku, yang membuat keputusan dengan akalnya lalu bersegera mengikuti Al Imam Al Mahdi yang menyeru kepada kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.



أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani
_______________
sumber